“Anak Bukan Penentu Bahagia, Namun Hidup Akan Jadi Lebih Bermakna..”- Izzue Islam

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui sudah lali apabila disoal mengenai kehadiran cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga hampir sembilan tahun lalu.

Menurut laporan Utusan Online, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan itu bersikap tenang dan tidak terasa hati sekiranya pertanyaan tidak berbaur sindiran.

“Ketika awal perkahwinan, saya memang rimas kalau orang asyik bertanya mengenai anak. Saya respons mengikut intonasi pertanyaan, apakah mereka betul-betul bertanya atau mahu menyindir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

“Daripada mar4h, lebih baik saya beredar. Kalau sekadar bersembang, saya jawab sahaja. Tiada masalah kerana saya dan isteri akur, belum rezeki untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Pelakon drama Risik Pada Hati itu berkata, dia pernah terfikir bagi mengambil anak angkat tetapi tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang jika tidak mampu memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Saya pernah berbincang dengan Awin (isteri) mengenai perkara ini. Namun, apabila difikirkan balik, saya jadi ri$au sebab takvt anak terabai dan tidak mampu memberi kasih sayang sepenuhnya.

“Jadual kerja saya pula tidak menentu dan b1mbang kalau dibawa ke hulu dan ke hilir, nanti jatuh s4kitdan akan membeb4nkan banyak pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Izzue juga bersyukur mempunyai ahli keluarga termasuk mentua yang memahami dan tidak pernah mendesak atau mempersoalkan mengenai zuriat.

Tambah bekas anggota kumpulan Forteen itu, jadual hariannya dipenuhi dengan komitmen kerja membuatkan dia tidak sempat berasa kesunyian.

“Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagiaan itu boleh kita cipta, meskipun tanpa kehadiran cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Utusan Online (Hasif Idris) , Instagram Izzue Islam

Be the first to comment on "“Anak Bukan Penentu Bahagia, Namun Hidup Akan Jadi Lebih Bermakna..”- Izzue Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*