“Jangan Putar Belit” -‘Bercuti Tanpa Post Di Media S0sial, Neelofa Tiada Niat Mengata Sesiapa

PENGACARA dan usahawan Neelofa meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi atau memutar-belit kenyataan yang pernah dibuat berhubung tindakan berkongsi gambar ketika sedang bercuti.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada sesiapa dan hanya sekadar pandangan peribadi semata-mata.

“Saya tiada niat hendak tuju kata-kata tersebut kepada sesiapa pun. Apa yang diperkatakan orang itu adalah fitnah. Orang salah faham tentang apa yang saya katakan sebelum ini.

 

Pendapat Neelofa yang disalah anggap.

“Bukan saya larang untuk berkongsi dalam media s0sial. Maksud saya ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya bertujuan untuk membuat kandungan media s0sial sahaja.

“Sedangkan waktu itulah diberi peluang untuk menikmati cuti dan bukan hanya pegang telefon sahaja,” katanya.

Neelofa berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Rabu.

Sebelum itu, namanya menjadi bualan ramai apabila mengeluarkan pandangan sesetengah pihak terlalu asyik berkongsi gambar ketika bercuti di media s0sial sehingga hilang tujuan asal percutian itu.

Berpengalaman menjejak kaki ke pelbagai destinasi seluruh dunia, Neelofa berkata ia mengajarnya untuk lebih menghargai waktu ketika berada di tempat orang dan tidak terlalu leka dengan s0sial media.

“Ambillah gambar banyak-banyak ketika bercuti kerana itu akan jadi kenangan buat kita. Saya juga akan melakvkan perkara sama.

“Tetapi apabila berada pada waktu seperti sekarang ini apa yang kita kongsikan di sosial media bukan lagi menjadi satu kepentingan,” jelasnya.

Sementara itu, ada dalam kalangan netizen membuat tvduhan dan andaian kononnya penulisan Neelofa itu ditujukan kepada pelakon Fazura yang kini sedang bercuti bersama keluarganya di luar negara.

 

 

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "“Jangan Putar Belit” -‘Bercuti Tanpa Post Di Media S0sial, Neelofa Tiada Niat Mengata Sesiapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*