Kahwin Sebab Suami Naik McLaren? Selain Kaya, Ada Kriteria Lain Yang Buat Fatin Afeefa Cair

Setiap wanita hentaklah sentiasa berhati-hati dan berfikir panjang sebelum memutuskan untuk memilih pasangan hidup. Sekiranya para wanita tersilap langkah dalam membuat keputusan paling besar di dalam hidupnya itu, kemungkinan besar mereka akan menyesalinya seumur hidup mereka.

Selain rupa paras, calon suami juga haruslah memenuhi semua kriteria termasuklah stabil dari segi kewagan agar segala-galanya cukup.

Perkahwinan pelakon Fatin Afeefa dengan usahawan muda, Aliff Awang masih menjadi bualan ramai di media sosial.

Terbaru, Aliff mendedahkan ada seorang individu yang mendakwa Fatin memilih dirinya sebagai imam hanya kerana kekayaan yang dimiliki.

Ada seorang mamat ni, dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan Opai sebab ada kereta mahal je. Korang nak sangat kan? Cabar Opai kan? Jom tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa.

Kaya nombor dua

Fatin mend3dahkan suaminya bukan satu-satunya lelaki kaya yang pernah mendekatinya dan dia memilih suaminya kerana wajah Aliff yang kacak dan comel menjadi tarikan serta mengatakan soal kaya jatuh nombor dua.

“Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel.  Saya pejam mata pun , saya boleh rasa kehenseman awak tu. Kaya nombor dua,” katanya.

Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dengan sekali lafaz dalam majlis diadakan secara tertutup di di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.

Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Kahwin Sebab Suami Naik McLaren? Selain Kaya, Ada Kriteria Lain Yang Buat Fatin Afeefa Cair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*