Mahu Teruskan Hidup Bersama Anak, Balu Abam Harap Ali Puteh Tak Lengah Bayar Ganti Rugi

BALU Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah berharap agar pelawak Ali Puteh tidak melengah-lengahkan lagi urusan pembayaran yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

Bersyukur keputusan rayuan mahkamah berhubung ganti rugi itu memihak kepadanya, Hidayah atau Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, bagaimanapun meminta adik iparnya itu patuh dengan perintah berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga memihak kepada saya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Hidayah menang $aman terhadap Ali Puteh.

“Semoga pihak disana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang ditetapkan,” katanya.

Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4, dapat meneruskan kehidupan lebih baik selepas ini.

Malah, dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka berdua.

“Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini.

“Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah,” ujarnya.

Sebelum ini, Hidayah mengemukakan $aman terhadap Ali atas dakwaan perkongsian pelawak itu di laman s0sial telah menjatvhkan maruahnya.

Hidayah bersama anaknya, Hamzah.

Antara perkongsian tersebut adalah menggambarkan Hidayah seorang isteri yang j4hat serta t4makkan harta pusaka suaminya.

Pada 18 Februari tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan $aman Hidayah terhadap Ali.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, bagaimanapun gagal dalam rayuan untuk mengetepikan per1ntah m4hkamah berhubung ganti rugi sebanyak RM60,000 itu.

 

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Mahu Teruskan Hidup Bersama Anak, Balu Abam Harap Ali Puteh Tak Lengah Bayar Ganti Rugi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*