Kononnya Nak Balas Dndam Dekat Suami Kaki Pancing. Sekali, Isteri Jadi Kaki Pancing

Ramai yang fikir memancing merupakan satu aktiviti yang tidak berfaedah. Manakan tidak, alatan memancing sudahlah mahal, malah membazir masa.

Sebenarnya, aktiviti memancing mempunyai banyak rahsia yang anda mungkin tidak tahu. Malah, seperti hobi yang lain, memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang.

Memancing bukan sahaja mampu merendahkan tahap stres seseorang, malah ia juga boleh bantu lelaki jadi makin cergas!

Begitu jugalah dengan wanita ini yang berkahwin dengan seorang ‘kaki pancing’.

Pada mulanya, dia meluahkan rasa sedih kerana sering ditinggalkan suami bersendirian di rumah.

“Siapa suruh kahwin dengan kaki pancing. Selalu kena tinggal (suami) asyik pergi mancing.

Menurutnya, keputusan itu dibuat disebabkan dia sudah tidak tahan lagi sering ditinggalkan suami sendirian di rumah.

Maka, Tipah cuba mengikut jejak langkah suami dengan memancing sendirian di sebuah kolam ikan namun tidak dinyatakan lokasi.

“Dah tak boleh sabar. Cuba buat benda sama pergi mancing juga.

“Mancing kolam sorang-sorang. Tiba-tiba dapat ikan. Datang lagi kolam sorang-sorang sambil mencari ketenangan,” katanya.

Bukan itu sahaja, minatnya semakin menjadi-jadi apabila dia sering mendapat ikan hasil daripada aktiviti memancing.

Minatnya yang semakin serius dan mendalam membuatkan wanita ini membuat keputusan membeli sebuah kayak untuk memancing.

Menerusi hantaran dibuat di TikTok, Tipah mengakhiri perkongsian dengan melabel dirinya sebagai Lady Angler berjaya.

“Dah ‘gila’ tak boleh stop. Cuba pinjam kayak orang bawa pergi mancing.

“Kolam air tawar pun bedal saja memancing. Naik bot main jig (sejenis umpan memancing) pula. Makin gila mancing.

“Apabila sudah gila sampai sanggup beli kayak sendiri. Kini jadi Lady Angler berjaya,” tulisnya pada gambar menunjukkan dirinya ketika memancing di laut.

Untuk rekod, hantaran Tipah meraih lebih 2.9 juta jumlah tontonan

Video:

 

Sumber: Mstar, TikTok Tipahfishing

Be the first to comment on "Kononnya Nak Balas Dndam Dekat Suami Kaki Pancing. Sekali, Isteri Jadi Kaki Pancing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*