“Di Sana Block Takut Daddynya Nampak Anak-Anak, Dikejar Bayang-Bayang” – Rita Rudaini

Anak-anak merupakan anugerah yang cukup bermakna mereka yang bergelar ibu. Meskipun, berakhir dengan perpi$ahan, anak-anaklah yang menjadi penguat semangat untuk mengharungi kehidupan.

Tatkala bergelar seorang ibu, saat berjauhan dengan anak adalah satu perkara yang cukup menyed1hkan.

Bayangkan anak kita yang sudah biasa hidup dengan ibu dari kecil hinggalah besar terpaksa berjauhan demi menuntut ilmu. Si ibu juga pasti sunyi apabila anak duduk jauh.

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini berkongsi satu video memaparkan momen menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin pulang ke sekolah berasrama penuh.

Pelakon berusia 46 tahun itu merakam ak$i Rayyan berpelvkan dengan adik bongsu Airit Qaqa Arjuna sebelum masing-masing melambai bagi berpisah buat sementara waktu.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen terharu melihat momen anak beranak itu sehingga berasa sebak selain turut memuji kecekalan Rita dalam membesarkan dua orang anak lelakinya.

Walau bagaimanapun, ada pula individu yang tertanya-tanya apa perasaan bapa kepada kedua-dua remaja itu sekiranya menonton video tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Rita sempat membalas komen itu dengan mendakwa bahawa ‘pihak sana’ telah ‘block’ atau menyekatnya di TikTok.

“Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak FYP anak-anak. Takut nau… sampai mati di kejar bayang-bayang,” balasnya kepada individu berkenaan.

Untuk rekod, Rita pernah dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008 namun bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki tersebut.

Sumber: Xtra (Atiqah Johari) , TikTok Rita Rudaini

Be the first to comment on "“Di Sana Block Takut Daddynya Nampak Anak-Anak, Dikejar Bayang-Bayang” – Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*