Sambut Birthday Anak-anak Bersama. Netizen Puji Nora Danish Dan Jejai Masih Berbaik

Kalau sudah takdirnya terpak$a bercera1, apa daya kita menolak takdir? Bercera1 tidaklah bermaksud untuk bermu$uh. Apa yang perlu dilakukan adalah melihat ke depan.

Kehidupan lalu yang pernah dilalui bersama perlu disesuaikan terutamanya apabila melibatkan kepentingan anak-anak. 

Walaupun sudah bercera1 namun pelakon Nora Danish dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai masih mengekalkan hubungan baik demi membesarkan anak-anak.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 41, berkongsi foto anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram menyambut ulang tahun kelahiran ke-14 yang turut disertai oleh Jejai dan keluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat begitu senang melihat hubungan profesional antara Nora dan Jejai dalam membesarkan anak mereka.

“Suka vibes keluarga contoh sebegini. Semoga berkasih sayang hingga ke syurga.

“Suka tengok keluarga mereka ni. Walaupun dah berpisah tapi Jejai, Nora dan Fasha masih mengeratkan hubungan keluarga.

“Awak sangat hebat dalam membesarkan anak bersama bekas suami. Inspirasi buat semua,” tulis netizen.

Untuk rekod, Nora dan Jejai berkahwin pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli.

Pasangan ini bagaimanapun bercera1 pada 10 Julai 2008.

Nora kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.

 

Sumber: IG Nora Danish

Be the first to comment on "Sambut Birthday Anak-anak Bersama. Netizen Puji Nora Danish Dan Jejai Masih Berbaik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*