Suami Selamba Komen Masakan Fatin Afeefa Masin, Tak Sedap Macam Awal Bercinta Dulu

Air tangan isteri merupakan pengikat kasih sayang suami. Pergilah mana-mana, ia tidak akan setanding dengan apa yang isteri masak. Sentiasa jadi ingatan untuk suami dan anak-anak walau di mana-mana jua.

Hebatnya seorang isteri, jika sebelum kahwin, langsung tidak tahu masak, tapi bila sudah ada suami dan anak-anak, sedaya upaya isteri dan mak berusaha untuk memenuhi perut keluarga.

Sedap atau tak, tidak menjadi persoalan dan inilah yang dikatakan benar-benar air tangan isteri.

Begitu juga dengan pasangan pengantin baru pelakon Fatin Afeefa sejak bergelar isteri kepada jutawan muda, Aliff Awang ini.

Baru-baru ini, reaksi suami Fatin ketika merasa ‘air tangan’ isteri tercinta ketika siaran langsung di TikTok mencuit hati ramai.

Menerusi video itu, Fatin dan Aliff sedang makan malam bersama dengan masakan ‘simple’ iaitu nasi goreng dan sambal ayam.

Namun, apa yang nampak ‘comel’ apabila Aliff menyatakan masakan yang dimasak pada malam Selasa itu agak manis dan masin.

Sedikit masin berbanding waktu baru-baru bercinta dulu.

Ayam sambal ni manis. Manis sangat dan tak rasa pedas.

Video:

Susulan komen itu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin menjelaskan dia agak gementar kerana sambil memasak sambil ‘live’ dengan pengikut.

Dalam pada itu, pelakon filem Tentang Bulan juga sempat berkongsi resipi semasa menyediakan hidangan buat suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang bersikap jujur kepada isterinya demi memperbaiki masakan pada masa akan datang.

Sumber: Tiktok @cik_bungaaaa

 

Be the first to comment on "Suami Selamba Komen Masakan Fatin Afeefa Masin, Tak Sedap Macam Awal Bercinta Dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*