Tolak Beg, Masuk Wad Sendiri. Wanita Menangis Suami Tak Datang Jenguk, Apatah Lagi Azankan Bayi

Pempengaruh Cik Pia atau nama sebenarnya, Nursufia Johari meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib apabila rumah tangganya dilandai badai saat dirinya sedang menanti hari melahirkan zuriat.

Sedih sendirian dalam wad bersalin

Menerusi video yang dimuat naik Cik Pia di TikTok baru baru ini, memaparkan dirinya menyarung baju pink dan berada di bawah pemantauan doktor di wad. Difahamkan, Cik Pia sedang menanti waktu untuk bersalin. Tetapi apa yang menyentuh hati ramai apabila Cik Pia akui cemburu melihat bakal ibu-ibu lain ditemani oleh si suami sedangkan dia hanyalah bersendirian di wad tanpa suami di sisi.

Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan & kentalkan hati. Tapi bila dekat katil air mata terus jatuh jatuh sebab cembvrunya sata kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isteri.

Walaupun $edih dengan nasib yang dilaluinya, namun Cik Pia terima segala ujian yang diberikannya malah dia harus kuat demi insan tersayang seperti anak-anak dan keluarga yang setia menunggu kepulangannya di rumah.

Meskipun hubungannya dengan suami tidak baik, namun Cik Pia memberanikan diri meminta lelaki itu datang untuk mengazankan zuriat mereka nanti tetapi malangnya, lelaki itu tidak memberikan sebarang respon.

Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respon. Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia ada tanggungjawab pada anak-anak je. So tak adalah nanti f1tnah sata kata saya tak bagi tengok.

Kenapa saya menangi$ bukan sebab saya $edih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua dan dia tinggalkan bersama anak yang baru nak kenal dunia. Dengan tak ada bisnes, tak ada pendapatan, beb4n hutang kereta, tak ada nafkah. Kenapa buat macam ni dan buat lebih tervk dari yang pertama kali ditinggalkan.

Dalam kesempatan itu, Cik Pia memohon orang ramai mendoakan agar dirinya terus kvat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Respon netizen:

 

 

Sumber: Nursufia Johari

Be the first to comment on "Tolak Beg, Masuk Wad Sendiri. Wanita Menangis Suami Tak Datang Jenguk, Apatah Lagi Azankan Bayi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*