“Saya undur diri..”- Fad Bocey tinggalkan Hot FM

Selepas bertugas hampir dua tahun, penyampai radio Hot FM, Fad Bocey mengumumkan berundur dari stesen radio itu, semalam.

Selepas bertugas di konti Hot FM hampir dua tahun, Fad mengumumkan berundur dari stesen radio itu. Foto IG Fad Bocey

Fad atau nama sebenar, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam yang mengendalikan segmen Hot Squad bersama Fizi Ali, memberitahu, sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan Hot FM.

“Terima kasih untuk sokongan dua tahun saya di sini. Saya berundur dahulu dari Hot FM.

“Terima kasih buat boss, Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif DidikTV Kementerian Pendidikan-ntv7) untuk peluang ini.

“Maaf kalau sepanjang ke udara ada salah dan silap daripada saya. Terima kasih kepada semua yang menyokong.

“Semoga yang baik-baik untuk kalian,” katanya dalam hantaran di Instagram (IG).

Sementara itu, rakan penyampai, Fizi berterima kasih kepada Fad selama mereka berganding selain mendoakan agar sahabatnya itu berjaya.

“Terima kasih sahabat untuk pengalaman beberapa bulan kerja dengan anda. Harap anda akan terus terbang lagi tinggi. Doa sahabat daripada jauh,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey)

Fad yang juga pelawak memulakan tugas di Hot FM pada 1 Mac 2021 dengan mengendalikan segmen Jam Hot bersama dua lagi penyampai, Haziq dan Deen.

Lima tahun bergelar penyampai radio, Fad bagaimanapun memberitahu masih belum melupakan kariernya sebagai pelawak dan masih menjadikan ia sebagai keutamaan.

“Keutamaan saya masih lagi sebagai pelawak. Jika ada undangan saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dan mereka tidak ada masalah untuk saya terlibat dengan mana-mana program lain.

“Berlakon pula saya akan tolak secara baik kerana komitmen masa. Kalau ada telemovie yang penggambaran tidak lama saya akan terima. Saya perlu imbangkan semua tugas,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya undur diri..”- Fad Bocey tinggalkan Hot FM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*