Setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya dan tidak semua indah belaka. Ibarat bidalan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Meskipun dulu pernah terpalit gosip melibatkan skandal pihak ketiga, namun sejak akhir-akhir ini isu rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah seakan kembali pulih.
Terbaharu, pasangan tersebut kembali menjadi perhatian apabila mereka berdua dilihat menunaikan umrah bersama.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Sera memohon semua orang mendoakan agar dia dan Shuk dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik selain umrah yang mabrur.
“Assalammulaikum semua, doakan kami berdua supaya dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri. Nervous tapi happy sangat. Alhamdulillah,” tulisnya secara ringkas.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
@rossa.sera Doakan kami berdua💜 #fyp #rossasera #shuksahar ♬ Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 – stevewuaten_
Semoga jodoh kalian berpanjangan…jangan sia-siakan Shuk, ingat peluang mahal ni tak datang bergolek
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan berharap jodoh Shuk Sahar bersama isterinya kekal berpanjangan. Dalam waktu yang sama, mereka turut memuji Sera masih sudi berbaik dan terima pasangannya kerana walaupun pernah melalui pelbagai peristiwa hitam.
Sumber: IG Shuk Sahar & TikTok rossa.sera
Be the first to comment on "Jadi Tetamu Allah Buat Kali Ke-2. Shuk Teruja Tunai Umrah Bersama Isteri Tersayang"