“Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” – Eyra Hazali

Alangkah beruntungnya mereka yang masih mempunyai ibu bapa. Bagi yang masih mempunyai keduaduanya, pastinya setiap kali pulang ke kampung, mereka dapat berkongsi cerita, bergurau, makan bersama serta mencium ibu bapa mereka.

Sekiranya ada dalam kalangan kita pernah berasa kecil hati ditegur, ingatlah itu bukan bermakna mereka tidak suka atau mahu membeb4nkan hidup kita.

Sebaliknya itu tanda kasih dan prihatinnya mereka walaupun kita merasakan diri sudah cukup dewasa.

Pelakon, Eyra Hazali sentiasa berpegang kepada kata-kata nasihat yang sering diberikan oleh ibunya berkaitan dengan hubungan bersama ibu bapa.

Eyra menerusi satu hantaran di akaun Twitter miliknya menyatakan ibunya berpesan untuk sentiasa memikirkan nama baik keluarga.

“Ibu saya selalu pesan: nak buat perangai, tak fikir diri sendiri, tak apa.

“Tapi fikir lah nama ayah. Kemana saja korang pergi, korang bawa nama ayah sekali tau” tulisnya.

Dalam pada itu, pengikutnya juga menyatakan rasa setuju dengan pesanan ibunya itu.

“Sama dengan arwah ibu saya. Bezanya cuma sebelum buat salah, ingat mak abah… Tak kasihan kah tengok mak abah susah-susah cari rezeki siang malam untuk korang, tak mintak balas apa pun. Cukup jadi anak-anak yang baik untuk mak abah, kami dah syukur sangat dah,” tulis seorang netizen.

“Entah apa doa ibu dan ayah untuk aku sehinggakan aku bertahan hingga ke hari ini. Semoga syurga buatmu,” coret seorang lagi netizen.

Eyra mendirikan rumah tangga dengan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Hayder Qalish dan Endra.

 

Sumber; Gempak

Be the first to comment on "“Nak Buat Perangai… Fikirlah Nama Ayah” – Eyra Hazali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*