Tayang Jejaka Di IG. Ada Yang Sangka Ini ‘kekasih’ Baharu Ameera Khan, Tapi Rupa-rupanya…

Sebut saja nama Ameera Khan, sememangnya adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa itu dikenali ramai dan sentiasa menjadi perhatian meskipun bukan artis.

Kehilangan Ameera Khan dalam media sosial sejak Julai lalu semestinya membuatkan pengikut setia rindu untuk melihat kecantikan adik kepada Neelofa dan gelak tawanya.

Selebriti media s0sial dan adik kepada Neelofa, Ameera Khan menyorot perhatian netizen apabila memuat naik gambar seorang lelaki di Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan, Ameera dilihat sedang duduk di bahagian penumpang hadapan sebuah kenderaan manakala lelaki tersebut berada di luar.

“His pov vs my pov,” tulis Ameera di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @littlemisskhan

Meninjau ruangan komen, ada beberapa wargamaya yang menyangkakan lelaki tersebut merupakan ‘teman istimewa’ Ameera.

“Boyfriend?” tulis seorang netizen.

Namun, menerusi ruangan balas, beberapa pengguna media sosial lain menerangkan yang lelaki berkenaan merupakan bapa saudaranya.

“Pak cik dia lah,” ujar seorang pengguna media sosial.

Sebelum ini, Ameera Khan kembali aktif di Instagram selepas hampir lima bulan tidak berkongsi sebarang perkembangan terkini di media sosial.

Posting di Instagramnya juga ‘disimpan’ dan kembali diterbitkan sebaik sahaja dia kembali aktif di alam maya.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Tayang Jejaka Di IG. Ada Yang Sangka Ini ‘kekasih’ Baharu Ameera Khan, Tapi Rupa-rupanya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*