Meniti Usia 49 Tahun, Fauzi Nawawi Teruja Timang Cucu Ke-3

Siapa sahaja yang tidak mengenali Fauzi Nawawi yang merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia. Dikenali dengan watak antag0nis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff membuatkan namanya lebih dikenali. 

Gandingan pasangan selebriti popular Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati seringkali menjadi tumpuan netizen terutamanya di laman s0sial. Bukan sahaja disebabkan kerana kehebatan lakonan kedua-duanya, malah kemesraan kedua-dua pelakon hebat ini sebagai suami isteri antara sebab net1zen suka melihat mereka.

 

Meniti usia 48 tahun tidak menyangka pelakon ini sudah bergelar datuk kepada tiga orang cucu apabila anak perempuannya iaitu Hanna Faresha selamat timang cahaya mata lelaki pada awal tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hanna Faresha (@hannafaresha)

Pada 27 September lalu, dia dikurniakan cucu pertama selepas anak sulungnya, Nurul Hainil, 26, melahirkan bayi perempuan dinamakan Yasmin manakala cucu kedua pula apabila anaknya yang juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab, 23, melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel.

 

Terdahulu, pelakon Fauzi Nawawi bersyukur dan teruja apabila dalam tempoh sebulan dia dikurniakan dua cucu dan sudah pasti cukup seronok apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.

Semalam, Hanna Faresha berkongsi berita gembira bergelar ibu selepas selamat bersalin anak lelaki pada 3 Januari 2023 dan diberi nama Tuah Hamzah bin Mohd Aqif.

Hanna Faresha  selamat menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 12 Disember 2021.

Sekadar pengetahuan Hanna merupakan anak ketiga hasil dari perkahwinan Fauzi Nawawi bersama bekas isterinya. Merupakan adik kepada bekas juara Mentor Milenia 2016, Fareez Hazwan dan anak tiri kepada pelakon cantik, Lisdawati.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber: IG Hanna Faresha

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Meniti Usia 49 Tahun, Fauzi Nawawi Teruja Timang Cucu Ke-3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*