“Hebatlah, Macam Tokey Salon..” Gaya Pak Azad Blow Rambut Anak Perempuan Cuit Hati

Sebut sahaja nama pasangan pelakon, Azad Jasmin dan Eira Syazira, pasti terbayangkan gelagat anak sulung mereka, Amarra Sofea Rose yang sering membuatkan wargamaya terhibur.

Indahnya nama,  secantik paras wajah si cilik ini.

Rupa paras anak kesayangan Azad Jasmin (Pak Azad) ini nampaknya semakin mendapat perhatian warganet. Rupa parasnya yang jelita menjadi buah mulut ramai.

Terbaharu, Eira Syazira sempat memuatnaik satu video yang memaparkan telatah suaminya, Pak Azad bersama anak kedua mereka iaitu Ameisya . 

Dalam video itu, Pak Azad sedang tekun blow rambut Ameisya untuk kelihatan kemas dan cantik. Video tersebut pada awalnya dirakam oleh Eira secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Pak Azad dan anak mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial)

“Macam tokei saloon”

Pada ruangan kapsyen, Eira juga memberikan ucapan selamat hari jadi dan doa buat anak mereka itu. Rakan artis dan netizen turut menyampaikan ucapan sama. Untunglah Ameisya dilimpahi kasih sayang ya…

Azad mendirikan rumah tangga dengan Eira pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose, dan Areisya Suri Rose. Wah… perempuan semuanya…

 

Sumber: EiraSyazira

Be the first to comment on "“Hebatlah, Macam Tokey Salon..” Gaya Pak Azad Blow Rambut Anak Perempuan Cuit Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*