Manis Bertudung Ketika Keluar Bersama Suami, Ramai Doakan Rumah Tangga Fatin Afeefa

Lama rasanya tidak dengar khabar pasangan bahagia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada penghujung Disember lalu, Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang.

Terbaharu, perkongsian Aliff atau mesra disapa Opai di aplikasi TikTok mencuri perhatian ramai apabila Fatin Afeefa dilihat mengenakan tudung ketika keluar bersama suaminya.

Menerusi hantaran tersebut, Opai memuat naik video mereka sedang makan bersama sambil mempromosikan produk yang dijual oleh aktres berusia 29 tahun itu.

“Aku dah gemuk. Barai. Dulu dikenali ‘jutawan’. Tak lama lagi ‘jutawan gemuk’. Hahahaha!,”tulisnya.

Rata-rata warganet memuji kecantikan pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin apabila mengenakan hijab berwarna coklat cair yang pada ketika itu tersipu malu ketika dirakam oleh suaminya.

@aliff_awang Aku dah gemok 😂😂 Baraiii. Dulu dikenali “jutawan” . Tak lama lagi “jutawan gemuk” hahahah ! Damn. Untuk kurus kau boleh follow isteri aku @bukan fatin afeefa ♬ Si Gendut – Agus Gobang

Selain itu, mereka juga memuji cara Opai mendidik isterinya ke arah yang lebih baik dan mendoakan yang terbaik agar Fatin Afeefa istiqamah bertudung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: TikTok @aliff_awang

Be the first to comment on "Manis Bertudung Ketika Keluar Bersama Suami, Ramai Doakan Rumah Tangga Fatin Afeefa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*