Usia Kehamilan Hampir 38 Minggu, Peminat Titip Doa Buat Mia Ahmad

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad membuat perkongsian terkini mengenai usia kehamilan ketiganya yang bakal memasuki trimester ketiga dalam masa beberapa hari sahaja lagi di media sosial.

“Bakal Memasuki Usia 38 Minggu, Dah Nak Due..”

Menurut Mia, dirinya yang sedang menanti detik kelahiran cahaya mata ketiga itu mengakui kini terasa sangat penat dan tidak mempunyai rehat yang cukup.

“Saya bakal memasuki 38 minggu dalam beberapa hari. Dah nak due. Feeling so tired, bloated, restless 🤧 . Jadi harini, saya buat keputusan untuk bangun lebih awal, meletakkan sedikit solekan pada wajah, dan berpakaian cantik.

Guess what? Saya merasa lebih baik, rasa bertenaga dan hidup 😂. Walaupun pagi tadi sebenarnya da insiden mak buyong jatvh tersadung sebab dress ni lah 😂😂😂😂. Nasib baik takde apa-apa cuma s4kitsikit nak berjalan ni 😩.”-Kongsi Mia

Peminat Titip Doa 

Dalam pada itu, ruangan komen turut dibanjiri dengan komen netizen yang menitipkan doa buat Mia Ahmad agar dipermudahkan segala urusan untuk melahirkan cahaya mata ketiga kelak.

“Take care kak Mia 😍.”

“Cantik sangat awak ni 😍.”

“U can do it, semoga dipermudahkan urusan Mia untuk seterusnya ❤️.”

“Semoga dipermudahkan Mommy! 💖.”

“Take care kak Mia. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan 😍 Aamin Aamin.”

Sekadar info, Mia Ahmad dan Izham Tarmizi telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa dan seorang cahaya mata perempuan, Iris, serta bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Usia Kehamilan Hampir 38 Minggu, Peminat Titip Doa Buat Mia Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*