“Ni la bapa mithali..” Gelagat Syukri Yahya Layan Anak Main Doll Buat Ramai Terhibur

Memiliki anak perempuan merupakan anugerah terindah buat seorang bapa. Bagi anak perempuan, ayah merupakan cinta pertama bagi dirinya selain ibu.

Maka kata-kata ayah akan memberikan impak paling besar dalam kehidupan anak gadis anda.

Jika ibu ialah tempat anak perempuan berasa paling selamat, ayah pula akan mengangkat anak perempuannya hingga dia terbang setinggi-tingginya.

Sama juga seperti pelakon Syukri Yahya dimana berdasarkan satu video tular yang dimuatnaik di laman Tiktok, kelihatan bapa kepada dua cahaya mata itu sedang melayan kerenah anaknya yang masih kecil.

Dengan kapsyen  “Permata hati ayah,” Syukri dilihat sedang mendodoikan dan bermain anak patung, sambil diperhatikan oleh anaknya yang ketawa melihat gelagat Syukri itu.

Video:

@syukriyahya5 Permata hati ayah😍😍🥰🥰#shukriyahaya #tyaadnan #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #masukfyp ##masukberanda #masukberandafyp #berandafyp #berandatiktok #berandafypシ ♬ Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz

Perkongsian tersebut telah mendapat pelabagai komen dari netizen yang terhibur dengan gelagat pelakon itu.

Untuk makluman, Syukri Yahya mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Komen netizen:

Sumber : tiktok syukriyahya5

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.keramatviral.com/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "“Ni la bapa mithali..” Gelagat Syukri Yahya Layan Anak Main Doll Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*