Romantiknya. Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-44, Tokti Kekal Cantik Dan Bahagia Dipayungi Kasih Sayang

SEBUT sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah pasti ramai yang mengenali insan ini.

Seorang penyanyi yang mempunyai suara yang lunak membuatkan ramai peminatnya begitu teruja dengan lagu-lagu yang didendangkannya.

Separuh daripada usianya juga d1sumbangkan demi mengisi pentas seni suara dan menghiburkan semua yang meminatinya.

Beliau telah memulakan kariernya sebagai penyanyi seawal usia 16 tahun, setelah memenangi sebuah pertandingan nyanyian pada tahun 1995. Dan pada tahun itu juga beliau telah di lamar oleh syarikat rakaman Suria Records.

Perwatakannya yang lembut dan sentiasa tersenyum sudah pasti membuatkan ramai orang akan j4tuh hati kepadanya bila bersua bersamanya.

Pada 11 Januari 2023, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar sebagai Tok Ti akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 tahun.

“Alhamdullillah.. Terima Kasih Ya Allah, Segala yang DIKAU kurniakan padaku .. Hanya PadaMu segala Puji Bagi Allah sekelian Alam””Terima Kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari & menjaga Me serta anak anak sebaiknya..begitu juga buat keluarga besar saya Kak Salwa, Abang Faizal & anaknda @sabrina.jp yang sangat baik hati..Kakak Za yang sama bantu makiti sepanjang percutian panjang ni”

“Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua.. Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti .. aamin ya rabb..”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ternyata macam tidak percaya Tokti sudah memasuki usia 44 tahun. Dengan raut wajahnya yang begitu cantik seperti tidak dimakan usia.

Marilah sama-sama kita menyambut dan memberikan ucapan istimewa kepada beliau, semoga ia akan menjadi hari yang penuh bermakna buat insan yang banyak mewarnai pentas seni suara dan juga memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat yang mengenalinya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: IG Tokti

Be the first to comment on "Romantiknya. Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-44, Tokti Kekal Cantik Dan Bahagia Dipayungi Kasih Sayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*