“Banyak Cerita Dipendam Sendirian..” Tak Pernah Buka Aib Suami, Madu Adira Suhaimi Dipuji

Tiada wanita di dalam dunia ini yang ingin bermadu. Memang pahit untuk ditelan jika mengetahui pasangan kita sudah berkongsi hidup dengan wanita lain.

Namun, jika itu sudah suratan takdir, ada antara mereka yang tetap menerima dengan rela hati. Namun, jauh di sudut hati, ke$akitan tetap dirasai.

Terbaru, madu kepada penyanyi Adira Suhaimi yang dikenali sebagai Datin Red tampil dengan kata-kata seolah sedang memendam sesuatu.

Malah isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih popular dengan gelaran Datuk Red itu turut berkongsi mengenai satu falsafah hidup yang perlu dilihat dan difahami oleh semua.

“Terlihat tenang, namun banyak cerita yang dipendam sendirian.

“Setiap yang berlaku dalam hidup ni, tiada silap. Yang silap bagaimana kita melihat dan memahaminya,” tulisnya dalam kapsyen.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang turut memberi pelbagai reaksi termasuk statusnya sebagai isteri yang dimadukan.

Malah tidak kurang juga memuji sikap Datin Red sebagai isteri yang tidak pernah membuka aib suami.

“Ini baru dikatakan bagus, boleh dicontohi. Dia tak pernah buka aib suami. Tak pernah bercerita pada public keburukan suami,” puji salah seorang netizen.

Datin Red dimadukan selepas Adira berkahwin dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Terdahulu, Datuk Red sudah mempunyai lima orang anak bersama isteri pertama.

Sementara itu, Datin Red berkata dia menerima takdir hidup bermadu dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

 

Sumber: IG Datin Red, gempak

Be the first to comment on "“Banyak Cerita Dipendam Sendirian..” Tak Pernah Buka Aib Suami, Madu Adira Suhaimi Dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*