Semua mengetahui Sambal Nyet merupakan produk jenama makanan milik pempengaruh terkenal iaitu Khairul Aming semakin terkenal dan sampai sekarang pun, sambal tersebut masih lagi laku keras di Shopee.
Selebriti media sosial, Khairul Aming tidak berpuas hati mengenai perkhidmatan kurier yang digunakan apabila terdapat aduan botol sambalnya pecah selepas selamat tiba di tangan pelanggan.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, selebriti masakan berusia 31 tahun itu berkata, pihaknya sudah membalut bungkusan produk mereka sebaik mungkin tetapi hairan tetap berlaku kecuaian.
aku stress betul lah jnt ni. rasa dah balut parcel bukan main tebal macam bantal dah. one by one parcel pecah pic.twitter.com/yhdXLYUfMx
— Khairulaming (@khairulaming) January 13, 2023
Ciapan tersebut turut disertakan dua keping gambar memperlihatkan botol produk sambal Nyet yang diusahakan telah pec4h.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama selain menasihati Khairul Aming supaya menggunakan perkhidmatan kurier yang berbeza.
Sumber: Twitter Khairul Aming
Be the first to comment on "“Dah Balut Macam Bantal” – Bot0l Sambal Pelanggan Pec4h, Khairul Aming $tres Kurier Tak Jaga Barang"