“Nampak Keayuan Di Situ..” Manis Bertudung, Ramai Doakan Janna Nick Diberikan Hidayah

Pelakon, penyanyi dan pengacara seorang ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Janna Nick antara nama selebriti serba boleh yang sering menjadi sebutan ramai selepas lagunya berjudul Gatal tvlar.

Malah kisah hubungan cintanya juga turut menjadi perhatian ramai selain kariernya sebagai anak seni. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat ulasan mengenai sebuah resort di Terengganu.

Lebih menarik perhatian, dalam rakaman tersebut pengacara program Famili Duo itu tampil sopan dengan mengenakan kaftan dan hijab serba hitam.

Janna kelihatan cukup berbeza dari kebiasaan kerana selebriti serba boleh ini mengenakan hijab!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa senang melihat penampilan Janna yang sopan. Malah ramai juga mendoakan Janna agar dikurniakan hidayah untuk berhijab suatu hari nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Janna Nick

Be the first to comment on "“Nampak Keayuan Di Situ..” Manis Bertudung, Ramai Doakan Janna Nick Diberikan Hidayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*