“Sayalah Orang Yang Paling Bertuah..’ Penyanyi K-pop, Daud Kim Pelvk Islam. Teruja Tunai Umrah

Pemuzik dan YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama islamnya, Daud Kim telah mengejvutkan ramai pihak apabila dia telah membuat keputusan untuk memelvk islam serta mengerj4kan ibadah umrah di kota suci Mekah, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Daud di laman Instagramnya, dia mengakui menjumpai ketenangan yang dicarinya selama ini selepas menjalani kehidupan yang agak ‘kucar-kacir’.

Ujar Daud yang mempunyai hampir 4 juta pengikut di YouTube berkata, dia tidak sangka sudah menemui jawapan dalam kehidupannya bahawa Allah adalah Tuhan yang menguasai alam.

“Saya jejakkan ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya. Sangat menenangkan  jiwa dan suci. Sebelum ini, kehidupan saya sangat tervk. Saya ingatkan diri ini orang yang paling tidak bertuah dalam dunia. Jadi, saya mencari-cari jalan kebenaran dan sentiasa cari jawapan sebenar.

“Saya akhirnya sedar, saya bukan keseorangan. Seseorang berada di samping saya membawa saya ke jalan benar. Saya dah sedar kewujudan Allah SWT,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa syukur menjadi salah seorang h4mba yang telah menerima hidayah daripada Yang Esa dan tidak akan berputu$ asa dalam mencari keredaan Allah.

Malah, Daud turut berharap agar segala d0osanya diampunkan dan sentiasa dipimpin ke jalan yang benar. Bahkan, dia berdoa agar dapat berjumpa dengan saudara sesama Islam di syurga kelak.

“Islam beri saya jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di minda selama ini. Jawapan mengapa saya dicipta, mengapa saya hidup. Dan akhirnya nanti, ke mana saya akan pergi selepas m4ti.

“Saya masih buat d0sa (silap) namun sekarang, saya seorang Muslim. Saya tidak akan berputu$ asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Iman saya tidak akan pernah berubah, insya-Allah.

“Semoga ampunkan segala d0sa saya dan bimbing saya ke jalan yang benar. Doa saya buat mereka yang memerlukan bantuan. Moga Allah SWT berkati hidup semua umat Islam. Sehingga kita berjumpa nanti di Jannah,” coretnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Borakdaily

Be the first to comment on "“Sayalah Orang Yang Paling Bertuah..’ Penyanyi K-pop, Daud Kim Pelvk Islam. Teruja Tunai Umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*