Bakal Timang Anak Perempuan, Mawar Rashid Teruja Menunggu Hari Kelahiran Anak Ke-3

Pelakon dan usahawan Mawar Rashid mengumumkan dia dan suami, Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh pelakon berusia 27 tahun itu dalam sebuah acara gender reveal atau pendedahan jantina bayi baru-baru ini.

Berkongsikan video momen manis itu di laman Instagram miliknya, Mawar dan suami, Raf Yaakob mengadakan majlis ‘gender reveal party’ bagi meraikan kehadiran ahli keluarga baharu nanti.

Menerusi satu video di laman Instagram, Mawar dilihat mendukung anak lelakinya sebelum kanak-kanak itu meletvpkan belon yang turut berisi belon kecil berwarna merah jambu.

Sebaik mended4hkan jantina k4ndungannya, anak-anak pasangan itu dilihat bersorak gembira dan teruja dengan belon berwarna merah jambu yang sinonim dengan jantina bayi perempuan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Terdahulu, Mawar mengumumkan dia h4mil anak ketiga pada September lalu dan ketika itu usia k4ndungannya sudah mencecah lima bulan.

Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Raf yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta, 2 tahun.

Raf turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw

Sumber : MH

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : 

Be the first to comment on "Bakal Timang Anak Perempuan, Mawar Rashid Teruja Menunggu Hari Kelahiran Anak Ke-3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*