“Suami Contoh..” Sebulan Penggambaran, Alif Satar Bawa Isteri Dan Anak-anak Menetap Di Langkawi

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar, merupakan salah seorang selebriti yang bebas daripada sebarang kontroversi hangat. Peribadi dan sikap lemah lembut yang ditunjukkannya juga sering mendapat pujian peminat.

Malah,  Alif juga sangat menitikberatkan soal menjaga bata$ pergaulan ketika melakukan babak mesra bersama pelakon gandingan bagi menjaga hati pasangannya.
 
Terbaharu, Alif Satar mengambil keputusan untuk membawa isteri serta anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan kerana tidak mahu berjauhan ketika menjayakan penggambaran filem Pulau.

“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita $eram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job. Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan.

“Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya.

Selain Alif, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon antaranya Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su, Ms Puiyi dan bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Suami Contoh..” Sebulan Penggambaran, Alif Satar Bawa Isteri Dan Anak-anak Menetap Di Langkawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*