Eyra Hazali Luah Syukur. Suami Berjaya Buka Restoran Sendiri

Menjadi seorang selebriti bukan sahaja dapat meraih populariti malahan dapat memasarkan produk sendiri pada peminat dan meraih jualan tanpa modal dan pemasaran yang besar.

Ini kerana mereka dikelilingi oleh peminat-peminat yang sangat setia dan sentiasa meny0kong apa jua yang idola mereka lakukan.

Di Malaysia semakin ramai selebriti yang menjalankan perniagaan bersama pasangan masing-masing. Tidak kira apa sahaja jenis perniagaan seperti makanan, produk kecantikan, produk kesihatan dan sebagainya.

Ada yang menjual secara di dalam talian, ada juga yang membuka cawangan sendiri malahan tak kurang juga yang sudah ada kilang bagi pengeluaran produk yang mereka jalankan. Hebat bukan?

Begitu juga dengan pelakon Eyra Hazali yang kini mula berkecimpung dalam bidang tersebut. Eyra berkongsi rasa syukur dan gembira dengan kejayaan suaminya yang merupakan penjaga gol, Haziq Nadzli membuka sebuah restoran makanan.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 24, mendoakan agar pembukaan restoran baharu suaminya yang terletak di Bandar Dato Onn, Johor Bahru akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Alhamdulillah, tahniah sayang. Semoga Allah membimbing dan memberkati anda dalam segala hal. Semoga perniagaan anda berjaya di tahun-tahun akan datang.

In Shaa Allah restoran kami akan dibuka pada 19 January 2023 ( Khamis ) di Bandar Dato Onn,Johor Bahru. Boleh search Haziq Shell’All’Out di google maps ya. Kedai beroperasi dari 4 petang – 12 tengah malam. Jom datang ramai-ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Dalam pada itu, pelakon ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke majlis pembukaan itu serta doa-doa yang telah diterimanya.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah malah turut mendoakan perniagaan pasangan suami isteri ini.

 

Sumber: IG Eyra Hazali

Be the first to comment on "Eyra Hazali Luah Syukur. Suami Berjaya Buka Restoran Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*