“Cantik Macam Anak Patung..” Nampak Makin Berseri-seri, Juliana Evans Hamil Anak Ke 2?

Penampilan pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans pada malam anugerah Nona Superwoman Award 2022 baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan agak berisi.

Ia sekali gus menyebabkan segelintir warganet membuat d4kwaan bahawa pelakon berusia 33 tahun itu sedang hamil cahaya mata kedua.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Juliana menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengiktirafnya bagi kategori ‘Anugerah Kecantikan Nona’.

“Terima kasih @majalahnona atas anugerah berprestij ini. Syukur alhamdulillah, saya harap ia dapat memberi inspirasi kepada wanita bekerjaya yang berdikari di luar sana terutama golongan ibu.

“Anda cantik dengan cara tersendiri,” tulis pemilik nama Juliana Sophie Johari Evans itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan sekiranya pelakon drama Dukun Diva itu sedang berbadan dua kerana kelihatan seperti ‘baby bump‘ pada bahagian perutnya.

Selain meninggalkan ucapan tahniah, segelintir individu turut memuji kejelitaan Juliana yang mengenakan busana gaun berwarna kuning hasil rekaan By Farad.

Bagaimanapun, setakat ini Juliana tiada membuat sebarang kenyataan berhubung d4kwaan orang ramai mengatakan dirinya hamil zuriat kedua.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang puteri Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Juliana Evans

Be the first to comment on "“Cantik Macam Anak Patung..” Nampak Makin Berseri-seri, Juliana Evans Hamil Anak Ke 2?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*