Hadiri Majlis Persandingan. Foto Putera Matin Bersama Gadis Cantik Bikin Gadis Patah Hati

Semalam (15 Januari) berlansungnya Majlis Perkahwinan Diraja dengan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar dengan penuh tradisi, berseri-seri serta meriah di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Dalam isitiadat itu, kedua-dua pengantin diraja kemudiannya dijunjung berangkat dari majlis oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Di Instagram Mateen, beliau berkongsi beberapa foto semasa Istiadat Bersanding berlangsung.

Bagai pinang dibelah dua..Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di antara YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan YAM Pengiran Muda Bahar telah menarik perhatian rakyat Brunei.

Ramai Pat4h Hati?

Namun salah satu foto yang dimuatnaik oleh Mateen telah membuatkan ramai yang patah hati. Foto Mateen bersama kedua-dua pengantin diraja ini turut disertai seorang wanita cantik memakai persalinan songket sedondon dengan putera raja kacak ini.

Difahamkan wanita berwajah kacukan itu merupakan cucu kepada salah seorang Menteri berpengaruh di Brunei. Kehadiran gadis jelita bernama Anisha Isa-Kalebic ini bersama Mateen telah membuatkan  ramai wanita di luar sana patah hati.

Ada sumber mengatakan, Anisha merupakan adik kepada dari Danial Isa yang merupakan sahabat Putera Mateen. Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai Anisha. Namun kini Anisha dikatakan menetap di England  dan masih belajar di sana.

VIA Instagram Danial Isa
VIA Instagram Danial Isa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Murai

Be the first to comment on "Hadiri Majlis Persandingan. Foto Putera Matin Bersama Gadis Cantik Bikin Gadis Patah Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*