Famili Duo, sebuah program realiti nyanyian TV3 kembali dengan musim baharu bermula 18 Disember 2022. Famili Duo 2022 menampilkan tujuh pasangan selebriti popular Malaysia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9:00 malam di TV3.
Penampilan Siti Nursairah Dan Siti Nursaida Raih Perhatian Ramai.
Siti Nursaida dan Siti Nursairah merupakan adik beradik kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Mereka berdua telah bergabung bersama dengan nama Siti Sisters untuk pertandingan realiti TV, Famili Duo yang bersiaran di TV3.
View this post on Instagram
Sairah tampil dengan gaya tudung seperti Hetty Koes Endang membuatkan wajahnya sekali pandangan nampak seiras dengan penyanyi dari Indonesia itu. Manakala Saida pula nampak seiras dengan gaya adiknya Dato’ Seri Siti.
Siti Sisters ini juga berjaya dinobatkan sebagai juara untuk persembahan Famili Duo pada minggu ini sekaligus membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM 10 ribu ringgit.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : TV3 Malaysia
Be the first to comment on "Sekali Pandang Macam Hetty Koes Endang. Persembahan Siti Sisters Memang Happening Habis"