Dicemuh Muka Berjerawat, Tak Halang Mua Bellaz Kongsi Tutorial Mekap & Jadi Wanita Berjaya!

Kagum melihat dua wanita ini mencari rezeki demi keluarga. Kehidupan mereka yang dahulunya susah kini dilihat sangat mewah hasil penat lelah bersama suami tersayang.

Niat mereka satu, agar keluarga yang dibina dapat hidup senang. Lihat sahajalah harta yang dikumpul hasil dari usaha sendiri.

Sentiasa berpijak di bumi nyata dan tidak terleka dibuai pujian peminat, Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini tidak pernah melupakan asal usul dirinya sebagai anak seorang nelayan.

Pada hujung Disember lalu, Bellaz sekali lagi diuji apabila video live tutorial mekapnya terima komen negat1f penonton yang mengkritik keadaan kulit wajah Bellaz yang berjerawat.

Tidak melenting dengan pandangan individu tersebut, Bellaz sebaliknya membalas dengan profesional dan senyuman. Dengan ringkas, Bellaz hanya menulis kapsyen di video singkat miliknya sambil menunjukkan wajah polos tanpa secalit mekap, ‘Just the way you are.’

“Jadi diri sendiri. Ya is that me. Tak flawless tapi bila makeup dia naiklah sedikit level confident tu. Nak banding skin dulu dengan sekarang, sekarang ni 100 kali syukur alhamdulillah berbanding skin dulu.

Selalu bubuh gambar segak ja. Sekali-sekala kena bubuh muka tak segak sama. Lens kena pakai juga sebab tak nampak power 300 dah mata,” kongsinya.

Lumrah bagi setiap wanita pasti akan berdepan masalah kulit berjerawat. Terutamanya apabila tiba waktu menstrual. Normallah tu!

Kian sukses mengemudi empayar Muabellaz, ibu jelita ini turut dilihat rancak mengadakan kelas solekan termasuk di Putrajaya pada Disember lepas. Ramai peserta yang datang nak timba ilmu dengan Bellaz.

“Alhamdulillah dalam student Bellaz ni ada yang datang dari Washington. Ada dari Terengganu, Penang dan Johor. MashaAllah terima kasih mai jauh-jauh. Terharu tak tahu nak habaq. Next 2023 inshaAllah semua negeri Bellaz pergi.”

25 Disember lalu merupakan ulang tahun perkahwinan Bellaz dan suami tercinta yang ke-10. Sambut secara sederhana hanya di rumah, terpancar wajah bahagia pasangan romantis ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Nona

Be the first to comment on "Dicemuh Muka Berjerawat, Tak Halang Mua Bellaz Kongsi Tutorial Mekap & Jadi Wanita Berjaya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*