Tahniah! Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad khabarnya telah selamat melahirkan anak ketiganya, pagi tadi.

Menerusi perkongsian dibuat suaminya yang juga penjaga gol Sri Pahang FC, Mohd Izham Tarmizi, isterinya selamat melahirkan bayi perempuan.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak ketiga kami, 1.25 pagi tadi,” kongsi Izham.

Izham memuat naik foto yang memaparkan dia sedang memangku cahaya mata mereka itu.

Dalam pada itu, Izham turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MohdIzhamTarmiziRoslan (@izhamtarmizi24)

mia1 - 1

Pada Sabtu lalu, Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 35, memuat naik video anak keduanya, Iris dengan berkongsi momen terakhir sebelum bertukar status menjadi seorang kakak.

Mia turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan kelahiran anaknya kelak.

“Hari terakhir jadi ‘adik’ hari ni. InsyaAllah esok title kakak dah dia. Mommy emosilah.

mia2 - 1

Mia bersama suami dan anak-anak.

“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluargaku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Izham Tarmizi

Be the first to comment on "Tahniah! Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*