Santai Memancing, YDPA Berjaya Tangkap Siakap Seberat 3kg. Memang Power

Memancing merupakan salah satu honi yang sangat digemri dalam kalangan lelaki. Selain dapat menikmati keindahan alam, ia juga mengajar si pemancing untuk bersikap sabar sambil mengenali jenis haiwan air yang ada.

Selain itu, memacing juga dapat memberi ketenangan dan mengurangkan tek4nan. Semasa memancing, seseorang akan lari sejenak dari kepenatan rutin hariannya dengan duduk berehat sambil menunggu ikan memakan umpan.

Terbaharu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah dilihat mempunyai hobi yang sama. Baginda dilihat melakukan aktiviti rekreasi memancing di sebuah kolam pancing.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Waawi di TikTok, berkongsi momen yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dapat bertemu dengan YDPA.

Seri Paduka Baginda dilihat meluangkan masa dengan menyatuni dan beramah mesra dengan pengunjung serta para pemancing di kolam tersebut.

Video;

@waawi87 Replying to @Firdzaus Azmi Tuanku Agong berjiwa rakyat ❤️ #kolampoknikperamu ♬ original sound – W A A W I 🎣

Lepas rehat kejap pusing-pusing jumpa rakyat, Tuanku sambung memancing.

Hasil pemerhatian pihak OhBulan!, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat tidak hadir dan YDPA hanya ditemani oleh beberapa pegawai serta pengawal peribadinya.

Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda berjaya menangkap seekor ikan Siakap seberat tiga kilogram (kg) dalam masa hanya kurang 20 minit.

 

Sumber : waawi87

Be the first to comment on "Santai Memancing, YDPA Berjaya Tangkap Siakap Seberat 3kg. Memang Power"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*