Sudah ‘Selesai’ Kursus Kahwin, Syafiq Kyle Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Ini

Melalui fasa cinta dan menyambung semula ikatan yang terlerai mengajar pelakon tinggi lampai, Mimi Lana erti cinta sejati.

Lima tahun melayari bahtera cinta bersama aktor kacak, Syafiq Kyle sebelum memutuskan untuk berpisah pada Mei tahun lalu, Mimi akhirnya akur, rasa cinta, kasih, sayang dan rindu masih wujud antara mereka.

Ibarat peluang kedua diberikan dalam hidup, pelakon yang menempa populariti menerusi drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa dan Hati Yang Tersakiti itu mengakui, pengalaman perpisahan menjadikannya dan Syafiq lebih matang dalam mengharungi perhubungan.

“Alhamdulillah, hubungan saya dan Syafiq kini baik-baik sahaja. Apa yang dapat disimpulkan, inilah adalah peluang kedua diberikan, jadi percintaan kami semakin matang.

Pelakon Syafiq Kyle berkongsi berita gembira apabila dia dan kekasih yang juga aktres, Mimi Lana bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, berkata, tarikh hari bahagia itu belum boleh dikongsikan susulan persiapan yang masih lagi berjalan.

“Alhamdulilllah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

“InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

“Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insyaAllah, tahun inilah,” katanya kepada MH.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pra-Pelancaran & Siang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, hari ini.

“Soal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.

“Saya sudah ‘settle’ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” katanya lagi.

Segala persiapan berjalan lancar.

“Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada h4l yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya.

“InsyaAllah, semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-baik,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "Sudah ‘Selesai’ Kursus Kahwin, Syafiq Kyle Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*