Makin Langsing, Fasha Sandha Dipuji Persis Kareena Kapoor

SUDAH menjadi idaman setiap wanita untuk mempunyai badan yang langsing dan memiliki berat badan yang ideal.

Tiada jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Selain mengamalkan diet seimbang, mengawal pemakanan juga amat penting di samping kuantiti dan jumlah kalori yang diambil.

Baru-baru ini, penampilan pelakon terkenal, Fasha Sandha sewaktu hadir ke sebuah gedung pakaian bersama suami telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh akaun TikTok @irfan783837, kelihatan pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan yang memakai pakaian senam sedang memilih jubah di Alfaro bagi membuat persiapan menunaikan umrah.

Dalam hantaran berkenaan, turut kelihatan suami aktres kelahiran Pulau Mutiara iaitu Aidil Aziz.

Video:

@irfan783837 #foryou #fyp #viral #tiktokmalaysia ♬ original sound – 🖤 BLACK EYS

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet sebaik sahaja melihat penampilan Fasha sewaktu memilih jubah berwarna hitam kemewahan tersebut.

Netizen memuji bentuk Fasha yang kelihatan semakin langsing meskipun sudah memiliki tiga orang anak.

Bukan itu sahaja, penampilan Fasha juga disamakan dengan bintang Bollywood terkenal, Kareena Kapoor berdasarkan bentuk tubuh dan rupa parasnya yang sentiasa jelita dan awet muda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: TikTok @irfan783837, Instagram @fashasandha

Be the first to comment on "Makin Langsing, Fasha Sandha Dipuji Persis Kareena Kapoor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*