“Diluar Kotak..”- Pensyarah Sempoi Menang Individu ‘Terpaling Ikut Tema’ Majlis Makan Malam

Susulan tvlar video yang memaparkan dirinya berpakaian ‘karpet mer4h’, pemuda yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini tidak kisah dirinya dilabel sebagai ‘Mr Karpet Mer4h’.

Bagi pemuda ini, penampilannya mungkin dianggap biasa-biasa tetapi netizen menyifatkannya sebagai berfikir di luar kotak dan kreatif!

Gayanya ternyata sangat menepati tema apabila dia menyarung sekeping karpet merah.

Begitulah idea yang terlintas dalam fikiran pensyarah Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) di Sejingkat, Kuching, Ahmad Farid Yang Abd. Talib yang menghadiri majlis makan malam anjuran Kelab Rekreasi KMSw di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, pada Sabtu lalu.

“Kalau tema red carpet atau karpet merah, orang mesti nak glamor atau sewa mahal-mahal saja. Saya fikir beli saja karpet merah saiz sederhana berharga RM20.

 

“Nak beli karpet bersaiz lebih besar harganya RM60, mahal pula. Keadaan ekonomi sekarang tak berapa baik.

“Jadi, karpet harga RM20 ni saya p0tong di bahagian tengah dan sarungkannya, dengan saya berpakaian sukan di bahagian dalam,” katanya.

“Syukur Alhamdulillah, tak sangka menang sebab semuanya hebat bergaya. Saya dapat hadiah baucar shopping RM50, kiranya balik modal dan ada baki RM30,” ujar pensyarah Kimia dari Jabatan Sains ini.

Farid terpilih sebagai pemenang pakaian terbaik.

“Sebab viral juga, saya tak jadi nak potong karpet merah kepada dua bahagian. Ingatkan nak buat alas kaki, tapi saya simpan dulu buat masa ni,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Video:

@4zjee Replying to @anon. ♬ original sound – 4zjee

@4zjee

Dinner Tema Red Carpet?? 🤣🤣

♬ Red Carpet – Hollywood Trailer Music Orchestra

 

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "“Diluar Kotak..”- Pensyarah Sempoi Menang Individu ‘Terpaling Ikut Tema’ Majlis Makan Malam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*