Birthday Gift Paling Mahal” Gadis Terkedu, Man Bai Nyanyikan Lagu Kau Ilhamku Sempena Hari Jadinya

‘BERIBU bintang di langit  kini menghilang, meraba aku dalam kelam. Rembulan mengambang kini makin suram. Pudar aku dalam ilham’.

Bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu Kau Ilhamku dendangan Man Bai itu sentiasa berbekas dalam fikiran ramai, penulis tidak terkecuali.

Masa bergulir deras, tanpa sedar lagu menjadi siulan ramai generasi 1990-an tersebut telah menjangkau usia genap 25 tahun.

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan, lagu Kau Ilhamku paling banyak diputarkan di corong-corong radio, stesen televisyen dan platform media, sekali gus membuktikan lagu nyanyian bekas vokalis kumpulan Gersang itu kekal relevan meski tahun bersilih ganti.

Terbaharu satu rakaman memaparkan Man Bai nyanyikan lagu buat gadis di restoran yang sedang sambut hari jadi bersama rakannya telah mencuri perhatian warganet.

Perkongsian tersebut memaparkan, Man Bai sedang nyanyikan lagu buat gadis di restoran yang sedang menyambut hari jadi bersama rakannya meraih ratusan ribu tontonan.

Dalam video tersebut, Man Bai berada di meja sebelah gadis berkenaan sambil mendendangkan lagu Kau Ilhamku sebagai hadiah hari jadi kepada individu berkenaan. 

Video:

@frh_aqlh This deserved a post! Celebrating my friend’s birthday then suddenly the uncle besides us offered to sing. HE WAS MAN BAI !! Thank you uncle Man bai. We are so lucky 🥹 #malaysiansinger #kauilhamku #fyp #fypシ #foryoupage ♬ original sound – Just Farah

Birthday gift paling mahal ni 😭

Nampaknya ramai juga yang turut tumpang gembira menyaksikan penyanyi lama, Man Bai selamba belanja suara ini di tempat umum. Malah, ramai antara warganet yang memuji Man Bai seorang yang sempoi.

Sir mambai. Thank you for bring back my childhood memory. Simple song but full memories.

“Alhamdulillah.. Terbaikk.. suara masih mantap. Bertuahnya siap pakej nyanyi free & wish daripada artis Man Bai.”

“Sir Mambai. Terima kasih bawa memori zaman kanak-kanak saya balik. Simple song but full memories”

“Sportinglah Man Bai ni terbaik. anyway happy birthday farah 🥰

“Birtday gift paling mahal ni”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : TikTok Farah Aqilah

Be the first to comment on "Birthday Gift Paling Mahal” Gadis Terkedu, Man Bai Nyanyikan Lagu Kau Ilhamku Sempena Hari Jadinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*