Jihan Muse Kembali Berak$i Bersama Sherry Alhadad Sebagai Hos Ajl37

Acara kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) kali ini buat julung kali menggabungkan dua pengacara wanita popular, Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai teraju utama pengacara di atas pentas.

Umpama kelainan, gabungan figura berkaliber yang mula menceburi industri seni di pentas teater ini dianggap pemilihan tepat dibuat TV3 untuk memberikan mereka peluang menggalas tanggungjawab pengacara AJL37 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari ini, jam 9 malam.

Sherry ditemui berkata, dia tidak sangka hasrat sekian lama untuk bekerja dengan Jihan sebagai pengacara dalam satu acara hiburan akhirnya menjadi kenyataan di pentas berprestij AJL37.

“Saya dan Jihan, kami sudah berkawan lama sejak masih ‘busvk masam di pentas teater. Alhamdulillah, dari teater akhirnya kami sekarang mendapat peluang mengacarakan pentas besar seperti AJL37 yang sebelum ini sudah kali keempat saya jayakan.

“Saya akan membantu Jihan yang pertama kali terbabit dalam AJL37 dan kami akan banyak berbincang selepas ini untuk memberikan persembahan terbaik. Kami akan cuba sebaik yang mungkin,” katanya ditemui pada sidang media memperkenalkan pengacara dan tema AJL37 iaitu ‘Dimensi Muzik’ di sini, petang tadi.

Hadir sama pada majlis ini ialah Pengurus Besar Kanan, Program Penerbitan Dalaman, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Nor Shahila Harun Shah, Pengurus Besar Pemasaran Kandungan & Kreatif TV3, Farah Shamsudin, Pengurus Projek AJL37, Russell Mark Rodrigues dan Penerbit Eksekutif AJL37, Jamil Hassan.

Sementara itu, Nor Shahila berkata gabungan Sherry dan Jihan adalah satu kelainan terbaharu yang mantap dalam penganjuran AJL37 ini.

Ujarnya, ia pastinya akan menghiburkan penonton.

“Apatah lagi, kedua-duanya sudah berkawan lama dan mereka sangat rapat di dalam dan di luar kamera. Saya percaya, mereka akan dapat memberikan persembahan berkesan di pentas AJL37 nanti.

“Tadi pun, kemunculan seketika mereka di pentas sudah menunjukkan keserasian dan aura yang menghiburkan. Saya yakin, penonton pastinya tertunggu-tunggu gabungan Sherry dan Jihan sebagai pengacara utama,” katanya.

Justeru, bagi tanggungjawab pengacara permaidani merah AJL37 digalas oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy. Manakala, pengacara belakang pentas dijayakan Nadia Hasnan dan Imran Aqil.

AJL37 kali ini juga menyediakan tiket berharga RM50, RM60, RM150 dan RM300 (VIP) untuk dibeli penonton bagi menyaksikannya secara langsung di Axiata Arena.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HM

Be the first to comment on "Jihan Muse Kembali Berak$i Bersama Sherry Alhadad Sebagai Hos Ajl37"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*