Timang Cucu Sulung, Kuza Masih Anggun Dan Jelita Di Usia 50 Tahun

Terpesona dengan kejelitaan Kuza. Baru-baru ini, pelakon cantik tersebut menyambut ulang tahun kelahiran ke-49. Diam tak diam, dekat 50 tahun dah usia Kuza. Tidak dinafikan aura dramatis ini masih memikat sampai sekarang.

Meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga, Tengku Sariza Tengku Muzani atau lebih mesra dengan panggilan Kuza masih kekal menyerlah.

Sentiasa cekal menghadapi detik sukar sepanjang bergelar ibu tunggal, Kuza bagaimana pun enggan mengalah dan bangkit menjalani hidup yang lebih bahagia di samping keluarga.

Pada Disember lalu, foto yang dimuat naik Kuza yang memaparkan dia sedang mendukung dan mencium bayi menarik perhatian peminat. Rata-rata followers Kuza mengucapkan tahniah kerana jelitawan ini sudah pun mempunyai cucu dan berstatus nenek.

Bagi peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Kuza, pasti mengagumi personaliti dan wajah cantiknya. Mencecah usia separuh abad, Kuza masih anggun dan cantik dalam kelas tersendiri.

Ditanya bagaimana dia memelihara kurniaan Allah itu, tiada apa yang mampu diucapkan selain mensyukuri nikmat yang diberi kepadanya.

“Sebenarnya tak ada apa-apa rahsia tampil awet muda pun. Saya bersyukur, alhamdulillah Allah bagi saya tubuh badan yang sihat. Jadi amanah bagi saya untuk menjaga. Saya selalunya berhenti makan sebelum kenyang.

Malam pula kalau boleh elakkan dari makan yang berat. Sekadar alas perut. Kalau ada masa, senaman jangan lupa. Ini bukan untuk kurus je tapi untuk stamina supaya kita tak cepat letih.

Jadikan senaman ini macam rutin hidup. Selain itu, waktu tidur juga harus dijaga. Ibadah pun jangan lupa.”

Dalam kesibukan sebagai pelakon, Kuza berani melangkah setapak ke hadapan menceburi bidang perniagaan tudung. Khabarnya, tudung jenama Kuza Scarf dijual kira-kira dua tahun lalu. Pelbagai rekaan menarik dan menepati cita rasa para hijabi masa kini. Tahniah!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : NONA

Be the first to comment on "Timang Cucu Sulung, Kuza Masih Anggun Dan Jelita Di Usia 50 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*