Alhamdulillah. Mawar Rashid Selamat Bersalin Bayi Ke-3. Beri Nama Raden Seri Riyanna Sayang

Beberapa hari lepas, pelakon dan usahawan Mawar Rashid dan suami, Raf  Yaakob sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran bayi ketiga mereka.

Terbaharu, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menerusi satu hantaran Instagram miliknya memaklumkan, dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan sebentar tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Syukur Alhamdulillah, semua nya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Dalam ruangan komen, rakan artis dan pengikut meninggalkan ucapan tahniah selain mendoakan pelakon tersebut selamat menjalani proses pantang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Untuk rekod, Mawar dan Raf berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.

Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.

 

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Be the first to comment on "Alhamdulillah. Mawar Rashid Selamat Bersalin Bayi Ke-3. Beri Nama Raden Seri Riyanna Sayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*