MasyaAllah..Tabarakallah.. Saharul Ridzwan Bersyukur Dikurniakan Zuriat Ke-3

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran pelakon kacak, Saharul Ridzwan selepas dia mengambil keputusan untuk lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Dia yang terlihat bahagia bersama isteri dan anak-anak tetap berkongsi kesehariannya di media sosial sebagai tatapan kepada peminat yang merinduinya di kaca televisyen.

Namun, baru-baru ini Saharul membuat kejutan apabila memaklumkan isteri tersayang, Deena Emir sedang hamil anak ketiga dan menunggu hari untuk bersalin.

Ternyata, hari tersebut telahpun dilalui dan pelakon itu berkongsi khabar gembira dengan kehadiran orang baru di Instagramnya semalam.

Menerusi muat naik pelakon Hati Perempuan itu, dia meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Hebat Allah, segala puji bagi Allah. Semuanya Allah SWT,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Difahamkan, pelakon itu telah menimang cahaya mata perempuan sekali lagi. Dia juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berharap agar segala kata-kata baik berbalik kepada mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kenalan dan warganet telah mengucapkan tahniah kepada Saharul Ridzwan diatas kelahiran ahli baru dalam keluarga.

Mereka juga mendoakan agar zuriatnya membesar menjadi insan yang solehah dan berbakti kepada orang tua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Untuk rekod, Saharul dan Deena Emir telah mendirikan rumah tangga pada 2016. Sebelum ini, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

Difahamkan, untuk anak ketiga, pasangan ini memaklumkan tidak tahu lagi jantina dan hanya mengetahui selepas isteri melahirkan kelak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

Be the first to comment on "MasyaAllah..Tabarakallah.. Saharul Ridzwan Bersyukur Dikurniakan Zuriat Ke-3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*