“Sama Cantik Sama Padan.” Keluarga Aiman Tino Hantar Rombongan Merisik

Dalm diam-diam rupanya penyanyi popular Aiman Tino kini sedang menyulam bahagia dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Syarah Haifa.

Difahamkan, keluarga Aiman sudah menghantar rombongan merisik di kediaman Syarah Haifa, 24, di Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut ibu Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil, 47, berkata, sebagai ibu dia merestui pilihan hati anaknya itu dan berdoa  agar jodoh mereka akan sampai ke jinjang pelamin.

“Semalam hanya majlis merisik sahaja. Sekadar sesi suai kenal antara kedua belah keluarga. Itu pun kali pertama saya berjumpa Syarah.

“Ini adalah pilihan Aiman dan sebagai ibu pastinya saya merestui hubungan tersebut. Mereka sudah lama berkenalan dan Aiman mula cakap untuk ke fasa seterusnya sejak beberapa bulan lalu.

“Apabila dia sudah tergerak hati, maka saya dan ayahnya menyokong keputusan tersebut,” katanya.

Bercakap soal perancangan untuk berkahwin, Hazelina memberitahu pihak keluarga masih belum menetapkan sebarang tarikh.
 
Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Sama Cantik Sama Padan.” Keluarga Aiman Tino Hantar Rombongan Merisik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*