“Cantiknya Berjubah Putih..” Fasha Sandha Dan Suami Tunai Umrah, Ramai Doakan Semoga Istiqomah

Selepas empat tahun bergelar suami isteri, hasrat pelakon Aidil Aziz untuk membawa isterinya, Fasha Sandha menunaikan umrah akhirnya tercapai.

Pasangan itu selamat berangkat ke Tanah Suci semalam berdua tanpa membawa anak-anak mereka mahupun ahli keluarga lain.

Sebelum berangkat, Fasha dan Aidil sempat berkongsi gambar dan video di lapangan terbang sambil menyelitkan doa agar urusan mereka dipermudahkan di sana.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Fasha yang mengenakan abaya berwarna putih dan memakai hijab dipuji kelihatan cantik.

Malah rata-rata yang meninggalkan komen juga menyatakan wajah Fasha kelihatan lebih berseri sewaktu memakai hijab dan berada di samping suami tercinta.

Tidak hanya penampilan, netizen juga turut mendoakan agar urusan ibadah pasangan ini dipermudahkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Perkongsian kedua-dua pasangan selebriti popular itu dibanjiri komen peminat dan ramai rakan artis yang mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang menunaikan umrah.

“Selamat perjalanan pergi balik. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” tulis Alif Satar.

“Semoga diberi kesihatan yang baik, diterima segala ibadah dan mendapat umrah yang mabrur,” komen Beto Kusyairy.

“Semoga Allah permudahkan urusan kalian berdua di sana, ya. Alhamdulillah… Cantik dan ayunya Fasha dengan berpakaian menutup avrat.

Semoga istiqomah hendaknya. Aamiin…,”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terdahulu, difahamkan Aidil sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Fasha menunaikan umrah namun niat tersebut terhalang disebabkan  (PKP) semasa fasa pandem1k beberapa tahun lalu.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil berkahwin pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira yang berusia dua tahun enam bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Cantiknya Berjubah Putih..” Fasha Sandha Dan Suami Tunai Umrah, Ramai Doakan Semoga Istiqomah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*