“Cantik Tapi Mampu Milik” – Che Ta Jual Tudung Bertatah Mutiara Pada Harga Mampu Milik

Trend hijab nampaknya semakin popular, seiringan dengan perkembangan fesyen Muslimah. Maka tak hairanlah kalau sekarang ni ada banyak jenama tudung popular yang ada di pasaran.

Tidak hanya itu, ramai selebriti yang kini berjinak-jinak dalam menghasilkan tudung jenama sendiri seperi pelakon Fazura, Neelofa dan Wawa zainal.

Terbaharu, pelakon dan usahawan jelita, Che Ta juga dlihat malakukan h4l yang sama. Terbaharu, Che Ta memperkenalkan keluaran tudung bawal bertatahkan mutiara di media sosial menarik perhatian kaum hawa.

Bukan RM250 Tapi RM25

Mengetengahkan kualiti terbaik untuk wanita bertudung, usahawan berusia 50 tahun ini juga menjual tudung pada harga mampu milik iaitu RM25 sahaja.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya,” katanya.

Selebriti yang lebih mesra dikenali sebagai Che Ta mempromosikan tudung bawal keluaran terbaharunya dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikToknya.

September tahun lalu, pelakon drama Jesnita ini memperkenalkan inai ‘instant‘ mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin yang mana sebanyak 100,000 kotak berjaya dijual.

Kongsi Che Ta, dia berusaha untuk membantu membangunkan ekonomi golongan wanita termasuk suri rumah menjana pendapatan.

Video:

@rozitachewan1 bawal che ta dah landing uolssssss . #bawalcheta #muriara #cheta #rcw #rcwscarves #fyp ♬ original sound – ROZITA CHE WAN <

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Murai

Be the first to comment on "“Cantik Tapi Mampu Milik” – Che Ta Jual Tudung Bertatah Mutiara Pada Harga Mampu Milik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*