Udang Gergasi Masuk Kelas! Guru Terkejvt Dapat Hadiah ‘Rare’ Daripada Anak Murid

GURU ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.

Pengorbanan seorang guru adalah demi untuk melihat anak didiknya berjaya ke menara gading dan menjadi insan yang mampu berbakti kepada masyarakat.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @cikguspiderman7 telah berkongsi sebuah video dimana anak muridnya memberikan dia ‘hadiah’ dalam sebuah plastik sebagai tanda penghargaan kepadanya walaupun bukan Hari Guru.

Melalui video itu, kelihatan anak kecil yang masih di peringkat sekolah rendah menjinjing beg plastik merah yang berisi makanan laut ke dalam bilik darjah.

Gurunya yang senang disapa sebagai Cikgu Al Tarmizi sedang duduk di meja hadapan kelas terkejvt dengan pemberian udang galah itu.

Video tersebut tvlar sehingga meraih lebih 1.2 juta tontonan selepas dimuat naik guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kut itu di TikTok.

Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Tarmizi bersyukur kerana video dimuat naiknya itu mendapat reaksi positif dengan rata-rata memuji anak muridnya.

“Walaupun udang, ia tetap bermakna kerana pemberian daripada anak didik dan tanda dia ingat serta hargai saya.

“Lagipun, setiap murid ada cara tersendiri dalam menghargai guru mereka dan ia berbeza di bandar juga di desa,” katanya 

Mengulas keperibadian anak muridnya itu, Muhammad Tarmizi berkata, Muhammad Fadhlul Azdzmin murid yang baik dan mendengar cakap.

Video:

@cikguspiderman7 syok sek pedalaman…udang sampai ke kelas😀..nikmati udang fresh di kg#cikgutiktok #tiktokguru #cikguspiderman #cikgupedalaman #pendidikan #cikgu #udang #melanau #sarawak #pancing ♬ suara asli – Natta | Wardah – UmmaBaba

“Dia pernah kata kepada saya yang dia mahu jadi seperti ustaz (nama panggilan Muhammad Tarmizi).

“Mungkin kerana keikhlasannya, video dimuat naik saya tular dan ramai nampak kebaikannya.

“Jadi, saya beritahu yang itu rezeki dia berbuat baik dengan orang dan sebagai guru, sudah tentu saya berharap dia dan semua anak murid berjaya di dunia dan di akhirat,” katanya.

 

Sumber: HMetro

Be the first to comment on "Udang Gergasi Masuk Kelas! Guru Terkejvt Dapat Hadiah ‘Rare’ Daripada Anak Murid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*