“Menanti Kelahiran Baby Tak Lama Lagi..” Pengacara Yaya Zahir Umum Jantina Anak Pertama

Tahniah diucapkan buat pengacara, Yaya Zahir yang mengumumkan hamil anak pertama yang kini sudah pun berusia enam bulan.

Menerusi Instagramnya, Yaya yang cukup petah berkata-kata ini memuat naik video kehamilan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yaya (@yayazahir)

Terbaru,  pengacara Yaya Zahir telah mengadakan ‘Gender Reveal Party’ serta mengumumkan jantina anak pertamanya.

Kongsi Yaya dia pada mulanya merasakan dirinya terkena j4ngkitan v1rus Cvid-19 kerana ketika itu dia baru sahaja pula dari urusan kerja di luar negara.

Namun kebimbangannya berganti kegembiraan sebaik mengetahui dirinya hamil pada Ogos tahun lalu.

“Ogos tahun lalu saya ada kerja di New York, waktu disana Daiyan Trisha tegur saya kenapa makan banyak sangat, tapi saya macam anggap itu bukan benda pelik sebab saya memang kuat makan.

“Kemudian sehari selepas balik New York saya macam nak demam, saya fikir simptom C0VID sebab baru balik travel jauh kan. Malam hari itu badan saya menggig1l.

“Keesokan paginya saya ada shooting, tapi sebelum pergi kerja saya tergerak hati nak ambil pregnancy test, walhal tak terfikir apa pun ketika itu.

“Sekali check betul saya pregnant, Alhamdulillah sekarang dah masuk usia enam bulan,” katanya berkongsi.

Mengidam makanan Korea

Pengacara cantik dan berbakat ini juga rupanya sanggup terbang jauh ke Seoul, Korea semata-mata kerana terlalu teringin menikm4ti makanan Korea di sebuah restoran di sana.

Tidak hanya sekali, bahkan ketika lawatan itu, Yaya turut mengunjunginya sebanyak enam kali sepanjang berada di sana.

“Yang paling aneh saya pergi Korea semata- semata sebab mengidam nak makan dekat sebuah restoran yang saya minat sangat di daerah Myeongdong

“Bulan November saya pergi dengan kawan rapat saya iaitu Adriana. Beli tiket pun sangat urgent, tiga hari sebelum. Sebab craving sangat saya makan sampai enam kali dekat restoran itu.

“Morning s1ckness lain macam biasa, mvntah- mvntah, pening dan pen4t macam kebanyakkan orang mengandung,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yaya (@yayazahir)

Terdahulu, Yaya mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Arriz Azim pada Ogos 2019. Pasangan ini kini cukup teruja menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: PA&MA, ig Yaya Zahir

Be the first to comment on "“Menanti Kelahiran Baby Tak Lama Lagi..” Pengacara Yaya Zahir Umum Jantina Anak Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*