“Comelnya Pak Arab…”- Kongsi Video Bercuti, Anzalna Nasir Diminta ‘jangan Tutup Kilang’

Kalau sebut nama pelakon, Anzalna Nasir tentu ramai yang suka mengikuti perkembangan selebriti jelita ini. Meskipun jarang dilihat di kaca televisyen kini namun Anzalna Nasir yang sporting berkongsikan perkembangan dirinya di Instagram dan keluarga membuatkan dia sering menjadi sorotan ramai.

Malah peminat juga begitu suka mengikuti perkembangan dua anak lelaki Anzalna Nasir yang diberi nama Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Walau bagaimanapun, terbaharu Anzalna Nasir di Instagram berkongsikan pula satu klip video dia bercuti bersama suami, Hanif Zaki dan anak-anaknya namun dalam pada itu, kapsyen yang ditulis juga mencuri tumpuan ramai.

“Making great memories with the kids. Tiba-tiba dah anak 2. Kalau bertambah lagi pun I dont mind but Hanif Zaki cakap dia dah tutup kilang! Aik terbalik! hahahaha,” tulis Anzalna Nasir .

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Mana tidaknya, kecomelan kedua-dua anak lelakinya itu membuatkan peminat ingin melihat anak perempuannya pula yang mana Anzalna Nasir juga membalas permintaan tersebut dengan meminta doa yang baik daripada peminatnya.

‘Janganlah tutup kilang dulu mana tahu rezeki dapat girl will be pretty like you’

‘Eh jangan tutup dulu, nak tengok baby girl. Suka tengok cara Anzalna dan husband jaga baby’

‘Jangan, jangan tutup lagi Hanif junior dah ada, nak tengok Anzalna junior pulak’

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : SYOR

Be the first to comment on "“Comelnya Pak Arab…”- Kongsi Video Bercuti, Anzalna Nasir Diminta ‘jangan Tutup Kilang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*