“Kalau Ada Rezeki, Nak Bersalin Tahun Ni…” Fazura Rancang Buka ‘kilang’ Untuk Anak Kedua

Selebriti dan usahawan terkenal Nur Fazura mengakui dia mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua pada tahun ini.

Biarpun sibuk menguruskan perniagaan dan karier seni, namun Fazura berharap dapat melahirkan zuriat kedua pada penghujung tahun.

“Dalam masa setahun itu kita rasa macam lama tapi sebenarnya kejap.

Jadi, sekarang saya tengah berebut masa, dengan bisnes dan InsyaAllah mudah-mudahan saya nak ada anak kedua.

“Jadi, nak buka ‘kilang’ anak lagi, bisnes, berlakon lagi… InsyaAllah mudah-mudahan tercapai apa yang saya nak buat tahun ini.

Kalau boleh, saya nak bersalin penghujung tahun ini. “Tapi ini pun dah Januari, dengan akan ada filem lagi… jadi macam mana nak buka ‘kilang’ tu.

Apa-apa pun semuanya daripada Allah, saya doakan semoga semuanya dimudahkan. “Perancangan Allah itu yang terbaik dan saya ikut saja.

Kalau boleh saya nak anak lelaki, tapi kalau anak perempuan pun saya terima sebab itu ketentuan Allah dan saya bersyukur,” katanya kepada Gempak.

Isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga melahirkan rasa syukur menjalani kehidupan yang tenang dan sempurna disamping suami dan anak mereka.

“Alhamdulillah, saya sangat tenang sekarang. Sudah tentu saya kena pandai uruskan masa saya. Macam nak uruskan Fatima, uruskan suami dan perniagaan

. “Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya dan saya memang aturkan jadual saya dengan baik.

Sangat tenang dan sempurna walaupun ada rintangan, tetap bersyukur,” ujarnya.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Ada Rezeki, Nak Bersalin Tahun Ni…” Fazura Rancang Buka ‘kilang’ Untuk Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*