Ardell Aryana Ke Syria Untuk Misi Kemanu$iaan

Kuala Lumpur: Pelakon, Ardell Aryana sekali lagi meninggalkan suami yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa dan anaknya untuk menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan, Syria Winter Mission anjuran Pertubuhan Kebajikan Aryana, bulan ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ardell juga meminta semua orang mendoakan misinya kali ini bersama kumpulan seramai enam orang berjalan lancar seperti dirancang.

“Semoga Allah permudahkan perjalanan kami enam orang pergi dan pulang. Masya-Allah, semoga mereka (rakyat Syria) kuat hadapi musim sejuk melampau ketika ini, bertahanlah dalam kelaparan.

“Insya-Allah, nanti kita makan makanan sedap yang panas ya. Semoga murah rezeki mereka. Amin,” tulisnya.

Sementara itu, Nadzmi dalam hantaran di Instagram turut meminta semua pengikut mendoakan perjalanan isterinya ke Syria kali ini.

“Semoga selamat pergi dan pulang. Moga Allah reda. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan ‘team’ (pasukan) di sana. Kami tunggu awak balik ya. Apabila di tanah Syam (Syria), doakan saya dan Urwa di sini ya sayang,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, Nadzmi juga mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu berkongsi rezeki menjayakan misi itu bersama mereka.

“Walaupun dengan hanya RM1, kami sangat menghargainya. Anda boleh kongsi rezeki bersama kami di Syria Winter Mission,” tulisnya lagi.

Perkongsian Nadzmi itu turut mendapat reaksi positif dari pengikutnya di Instagram yang turut mendoakan misi Ardell di Syria dipermudahkan sepanjang misi bantuan terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : HM

Be the first to comment on "Ardell Aryana Ke Syria Untuk Misi Kemanu$iaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*