“Surprise, Doakan Kami! Patutlah Craving..” Dynas Mokhtar Hamil Anak Ke-4

Selepas melahirkan anak ketiga pada 2019, pelakon, Dynas Mokhtar, 39, memberi kejvtan kepada rakan dan peminatnya apabila memuat naik sepotong video di Instagram yang menunjukkan dia kini sedang hamil.

Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar tidak mahu tahu jantina anak keempatnya yang bakal dilahirkan pada penghujung Mei depan kerana mahukan kejutan.

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, berkata, dia dan suami sudah memiliki dua anak lelaki dan satu anak perempuan.

“Kami belum buat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejvtan. Namun, kami juga tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya hamil pada usia menjelang 40-an, Dynas mengakui berbeza berbanding ketika mengandung pada usia 20 dan 30-an.

“Saya juga berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan anak keempat ini berbanding kandungan sebelum ini. Alahan yang teruk hanya pada tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

“Alhamdulillah, keadaan saya sudah okay dan usia kandungan pun sudah mencecah usia lima bulan ketika ini,” katanya.

Sementara itu, kali terakhir dia terbabit dengan penggambaran ketika usia kandungannya baru mencecah dua bulan.

“Ketika itu, saya tidak tahu sudah mengandung anak keempat. Bila sudah tahu, saya terus berehat dari aktiviti seni kerana mahu memberi fokus pada kehamilan,” katanya.

Sekadar informasi, Dynas telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Edriel Obil yang lahir pada tanggal 17 Mei 2019.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa dan Muhamed Haqaish.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Dynas Mokhtar, MH

Be the first to comment on "“Surprise, Doakan Kami! Patutlah Craving..” Dynas Mokhtar Hamil Anak Ke-4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*