‘Jangan Putu$ Asa, Inilah $epak Terajang Dunia Seni’ – Siti Nurhaliza

Minggu keenam program realiti Famili Duo menjadi bualan ramai selepas juri tetap, Mas Idayu memberi krtikan pedas terhadap persembahan lagu Jampi dalam irama keroncong yang dinyanyikan pasangan sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel.

Menurut Siti, sebaiknya Sissy berlapang dada seterusnya lebih terbuka sepanjang berkarya dalam dunia seni.

“Sissy jangan putus asa kerana dalam industri seni ini, itulah $epak terajang yang perlu dihadapi. Apalagi bila terbab1t dalam satu pertandingan yang membenarkan diri kita dikritik dan ditegur walau ada ketika apa yang dikomenkan itu itu pedih di hati.

“Kita sepatutnya sedia maklum yang juri kaedah penjurian dan cara masing-masing dalam menegur. Malah saya percaya waktu itu dia macam terkejut dan tak sangka.

“Insya-Allah, rasa jauh hati dan $akit hati itu akan berlalu dengan sendiri,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Konsert Malam Bulan Bintang di Boathouse Ampang, pada Rabu.

Konsert Malam Bulan Bintang yang bakal berlangsung pada 4 Mac 2023 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, itu turut menampilkan beberapa artis bernama besar antaranya Datuk M Nasir, Sabyan dan Faizal Tahir.

Dalam pada itu, Siti turut menasihatkan adik-beradiknya, Siti Saida dan Siti Sairah yang turut bertanding dalam program berkenaan supaya sentiasa bersedia dengan kritikan juri.

“Saya pun awal-awal lagi sudah mengingatkan mereka supaya bersedia dan bertabah hati apabila menerima komen para juri.

“Juri akan menegur dan pada masa sama netizen juga akan bercakap. Jadi rilek sahaja. Janji kita usaha untuk perbaiki kelemahan dalam persembahan kita. Itu yang saya pesan,” katanya lagi.

Terdahulu, kritikan Mas Idayu pada minggu keenam program realiti berkenaan telah menjadi bualan apabila Sissy Imann sebak dan menangis selepas menerima kritikan pedas juri tersebut.

Video:

@ohbulanofficial Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihati Sissy untuk tidak mudah berputus asa ❤️❤️❤️❤️ #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #ctdk #nasihat #sissyiman #jangan #putusasa ♬ original sound – Ohbulan

Sissy turut tidak muncul pada segmen terakhir program sekaligus mencetuskan spekulasi peminat.

 

Sumber: MH

Be the first to comment on "‘Jangan Putu$ Asa, Inilah $epak Terajang Dunia Seni’ – Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*